Apa yang harus kita lakukan? Siapa yang patut disalahkan? Ini soalan yang biasa kita dengar apabila perkara ini terjadi. Pada pandangan aku, banyak pihak yang terlibat tetapi yang paling besar bahagiannya ialah ibubapa kepada anak-anaknya. Ibubapa merupakan barisan hadapan untuk melindungi dan mengawal ahli keluarganya daripada dikhianati dan mengkhianati. Didikan agama dan solat sepatutnya menjadi agenda utama dalam perancangan perjalanan kehidupan ahli keluarga.
Membenar dan membiarkan anak kita memakai seluar ketat dan berbaju adik adalah langkah pertama kearah dikhianati dan mengkhianati walaupun anak kita bertudung. Selepas selesa berpakaian sebegini maka mudahlah untuk membuat langkah ke-2, ke-3 dan seterusnya sehinggalah penghujungnya seperti gambar di atas. Tiada niat untuk membuat andaian begini, tetapi inilah yang terjadi didepan mata kita. Zaman ini aku diriku , kamu dirimu menambahkan lagi kegawatan nilai dan harga diri. WAHAI ANAK-ANAK, ADIK-ADIK, IBU-IBU DAN BAPA-BAPA, SIAPA KITA, DI MANA KITA, KE MANA KITA....renunglah sekejap walaupun sesaat cuma....INSAFLAH.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan